- Rancang perjalanan anda bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini boleh menjimatkan masa,wang dan mengelakkan tekanan.
- Kurangkan juga perjalanan jarak dekat seperti pergi ke kedai yg hanya berapa meter saja dari rumah anda kerana itu akan meningkatkan 40% penggunaan minyak. Menaiki basikal atau berjalan kaki bukan sahaja dapat menjimatkan minyak anda, malah mampu menyihatkan tubuh anda.
- Berkongsi kenderaan ke tempat kerja ataupun menggunakan pengangkutan awam yang telah disediakan.
- Matikan enjin jika kenderaan tidak bergerak ataupun sedang menunggu seseorang. Ini boleh mengurangkan penggunaan minyak sebanyak 10%.
- Kurangkan beban didalam kenderaan dan elakkan menyimpan barangan yang tidak diperlukan didalam kenderaan kerana beban tersebut akan menyebabkan peningkatan penggunaan petrol sebanyak dua peratus.
- Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas siang hari yang banyak wap sahaja
- Pastikan cermin tingkap ditutup terutama pada kelajuan lebuhraya. Tingkap yang
terbuka boleh menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10% - Tekanan tayar yang kurang menyebabkan penambahan penggunaan minyak
sehingga 35%. Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi
kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Sunday, 13 March 2011
tips penjimatan minyak .
Kenaikan harga minyak yang semakin menjadi-jadi dinegara kita semakin meruncingkan semua pengguna kenderaan dinegara kita. Oleh hal yang demikian, saya akan kongsikan beberapa tips penjimatan minyak yang boleh diguna pakai oleh semua golongan masyarakat dinegara kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment