Saturday 19 March 2011

Tips Jimat Perbelanjaan Dapur

"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah mahkluk yang sangat kufur kepada Tuhannya."

(Surah Al-Israk: Ayat 27)
 
 
 
Bajet dapur merupakan pelaburan yang tak dapat dielakkan saban bulan kerana makanan berkait rapat dengan kelangsungan hidup kita. Kenaikan harga barang pula menambahkan saham dalam bajet dapur sehari-harian. Selain Kempen Pengguna Bijak yang membawa mesej pengguna mempunyai pilihan untuk membeli barang keperluan harian atau menggunakan perkhidmatan, dan peniaga yang menjual pada harga yang tinggi tidak akan disokong. Kali ini, saya bawakan tips menjimatkan bajet dapur selangkah sebelum anda membeli.

1. Sumber makanan



Mengurangkan kebergantungan terhadap produk yang perlu dibeli dapat menjimatkan sebahagian besar belanja dapur. Bagi kebanyakan kawasan perumahan, menternak mungkin menjadi masalah tapi bukan bercucuk tanam. Apatah lagi pemakanan sayur-sayuran dan ulam-ulaman sebagai menu kegemaran rakyat Malaysia sangatlah menjimatkan sekiranya menu berasaskan bahan tersebut boleh didapati hanya di sekitar kawasan rumah. Selain itu, dengan menjana sendiri sumber makanan, kita mendapat hasil yang banyak dengan kos yang sedikit. Begitu juga kita dapat mengawal kualiti hasil tersebut.

2. Masak sendiri



Pernahkah anda menghitung banding harga makanan atau minuman di restoran? Segelas air limau ais berharga seringgit walhal sebiji limau berharga tidak sampai sepuluh sen. Selain menjimatkan kos upah, kita juga dapat mengawal pemilihan, penggunaan bahan-bahan dalam menu dan kebersihan dalam penyediaan makanan.

3. Diet harian



Penjimatan belanja dapur berkadar langsung dengan diet anda. Konsepnya, jika anda berlebih-lebihan dalam memakan, maka berlebihanlah perbelanjaan ke atasnya. Sebaiknya anda menjamah selera sebelum berasa lapar bagi mengelakkan anda tamak terhadap makanan. Elakkan juga memakan snek tidak berkhasiat kerana makanan ini biasanya mahal.

4. Ubah suai menu



Lebihan bahan masakan atau makanan jangan terus dibuang. Buat pemilihan bahan apa yang boleh digunakan semula. Baki reja sayuran dan tulang daging boleh direbus menjadi stok sup atau stew. Buah-buahan yang berbaki atau sudah berlebam boleh dijadikan jem buah. Nasi putih yang tidak habis dimakan pula boleh disimpan untuk dibuat nasi goreng.

5. Sisa makanan



Sisa makanan yang kita buang saban hari dapat ditukarkan dijadikan baja kompos. Baja buatan sendiri ini dapat mengurangkan belanja membeli baja bagi kebun kecil di rumah anda dan membantu menjaga alam sekitar. Tahukah anda kulit telur merupakan sumber kalsium bagi tumbuhan?
 




"Dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah berat."
 
(Surah Ibrahim: Ayat 7)
 

 

Beruang Duit .



Disini saya kongsikan video daripada anwarhadi sebagai hiburan semata mata :)

Sunday 13 March 2011

tips penjimatan minyak .

Kenaikan harga minyak yang semakin menjadi-jadi dinegara kita semakin meruncingkan semua pengguna kenderaan dinegara kita. Oleh hal yang demikian, saya akan kongsikan beberapa tips penjimatan minyak yang boleh diguna pakai oleh semua golongan masyarakat dinegara kita.
  1. Rancang perjalanan anda bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini boleh menjimatkan masa,wang dan mengelakkan tekanan. 
  2. Kurangkan juga perjalanan jarak dekat seperti pergi ke kedai yg hanya berapa meter saja dari rumah anda kerana itu akan meningkatkan 40% penggunaan minyak. Menaiki basikal atau berjalan kaki bukan sahaja dapat menjimatkan minyak anda, malah mampu menyihatkan tubuh anda.
  3. Berkongsi kenderaan ke tempat kerja ataupun menggunakan pengangkutan awam yang telah disediakan.
  4. Matikan enjin jika kenderaan tidak bergerak ataupun sedang menunggu seseorang. Ini boleh mengurangkan penggunaan minyak sebanyak 10%.
  5. Kurangkan beban didalam kenderaan dan elakkan menyimpan barangan yang tidak diperlukan didalam kenderaan kerana beban tersebut akan menyebabkan peningkatan penggunaan petrol sebanyak dua peratus. 
  6. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas siang hari yang banyak wap sahaja
  7. Pastikan cermin tingkap ditutup terutama pada kelajuan lebuhraya. Tingkap yang
    terbuka boleh menyebabkan penambahan penggunaan minyak sehingga 10%
  8.  Tekanan tayar yang kurang menyebabkan penambahan penggunaan minyak
    sehingga 35%. Periksa dan tetapkan tekanan tayar mengikut spesifikasi
    kenderaan anda sekurang-kurangnya sebulan sekali.
Setakat ini saja tips yang akan dikongsikan buat masa ini. Akan ada lebih banyak tips yang akan dikongsikan pada masa akan datang. Jika mempunyai idea atau tips yang ingin dikongsikan bersama. Sila lah komen ataupun memberi pendapat di ChatBox yang disediakan :)

Saturday 12 March 2011

Ke arah masyarakat celik wang .

Kenaikan harga barang bukan lah isu baru dinegara kita. Setiap tahun dan setiap masa, barangan yang berada dipasaran akan semakin mahal harganya setanding dengan kepesatan ekonomi yg yg berlaku dinegara kita. Oleh yang sedemikian, kita haruslah berbelanja secara berhemah bagi mengelakkan pembaziran yang melampau. Bagi golongan yang mampu, kenaikan harga barang ini mungkin tidak menjadi satu masalah. Tetapi bagi golongan yang kurang mampu, setiap kenaikan harga barangan pasti akan merunsingkan pemikiran setiap orang. Disini saya akan mencadangkan beberapa cara bagi masyarakat berbelanja secara berhemah :

  1. Menabung
  2. Elakkan penggunaan kad kredit
  3. Bezakan antara keperluan dan kehendak
  4. Membuat senarai barangan yang ingin dibeli
  5. Elakkan membeli makanan diluar
  6. Beli barangan sewaktu mempunyai jualan murah
  7. Beli barangan buatan Malaysia kerana lebih bermutu dan murah
Banyak lagi tips yang akan dikongsikan oleh saya didalam blog ini dan akan di update dari masa ke semasa. Untuk mengetahui lebih banyak cara pengurusan wang, rajin lah membaca blog saya :)






Salam 1 Malaysia.